Latest News

Orang Asli Santau di Kedai Antik Sehingga Muntah Darah!


Santau
Cerita sahaja mengenai santau atau pun tuju-tuju mesti semua seram sejuk mendengarnya. Cerita ini bukan rekaan tetapi ia benar-benar terjadi dan perlu untuk dikongsikan kepada anda semua agar lebih berhati-hati selepas ini. Cerita bermula..

Pada minggu lepas sekumpulan kawan-kawan saya pergi bercuti ke Cameron Highland, adalah dalam 5 hari. Macam biasalah bila dah bercuti di sana mesti nak hirup udara yang segar dan menikmati buah-buahan yang segar.


Nak ringkaskan cerita, kisahnya bermula apabila kawan-kawan saya memasuki sebuah kedai barangan antik yang penghuninya ialah orang asli. Salah seorang kawan saya telah membeli satu barang di kedai antik itu, harga pun tak mahal sangat. Dia beli pun sebab nak buat koleksi. Seorang kawan membeli sebuah kotak antik bersaiz a4. Dan lagi seorang kawan membeli sebuah basikal kecik.

Apabila pulang ke Kuala Lumpur kesemua kawan-kawan saya mengalami sakit-sakit, seakan-akan kena santau sebab 3 orang kawan saya muntah berwarna coklat dan hijau. Kawan-kawan yang lain pula gatal-gatal badan lama kelamaan mereka pun muntah dan batuk-batuk.

Adalah dalam 3 hari, memang tak senang duduk, terpaksa minta cuti kerja. Mereka bertekad untuk bertanyakan kepada seorang ustaz, jika kalau terkena apa-apa yang tak patut. Ustaz itu pun dapat mengesan apa punca sebenar yang kena pada kawan-kawan aku ini. Ustaz itu berkata, ''kamu semua telah dijadikan sebagai mangsa guna-guna ni, ada kamu ambil atau bawa pulang benda yang aneh semasa pulang dari sana"?

Kawan-kawan aku dah mula takut,seram sejuk pulak! sebab dorang memang ada beli barang antik dari kedai orang asli tu. Memang tak lain tak bukan memang kerja dia la tu! (tiada niat nak menuduh pun).

Ustaz itu berkata "tidak apalah kamu semua bertahan dalam beberapa hari ini kamu semua akan sembuh seperti sediakala", sebab mungkin pawang(bomoh) ingin mencuba ilmunya".

Soalan aku adakah, jika sesorang itu terkena santau adakah dia akan sihat sepenuhnya selepas santau itu dibuang? 

Sekarang Alhamdulillah kawan aku semua kembali sembuh, tapi memang jahatlah kan kenakan orang yang tidak bersalah!

0 Response to "Orang Asli Santau di Kedai Antik Sehingga Muntah Darah!"

Close