Latest News

Anak Pramugari MH17 Menangis Kesedihan Depan Keranda Ibu (3 GAMBAR)

Malaysia disurami dengan kisah yang penuh menghayat hati apabila tibanya waktu pengkabungan bagi peristiwa MH17. Seorang anak lelaki pramugari yang bernama Muhriz Marzaidi berusia 10 tahun nyata sebak di hadapan keranda ibunya dan menahan air matanya daripada mengalir.


Rasa rindu kepada ibunya membuatkan beliau menangis teresak-esak dihadapan keranda Mastura Mustafa juga seorang pramugari MH17 yang turut terkorban dalam nahas tersebut.


Menurut saksi, anak lelaki ini merayu-rayu agar keranda dibuka untuk melihat wajah jenazah. Beliau juga dikatakan mahu memeluk dan mencium ibunya serta memohon maaf sempena hari raya lalu. Muhriz adalah satu-satunya anak lelaki, waris kepada Mastura Mustafa. Semoga adik ini tabah menghadapi kehidupan yang mendatang. Ini semua telah ditakdirkan yang maha kuasa.

Sama-sama kita berdoa dan menyedekahkan al-fatihah buat allahyarhamah serta juga semua mangsa kejadian tragedi MH17.

0 Response to "Anak Pramugari MH17 Menangis Kesedihan Depan Keranda Ibu (3 GAMBAR)"

Close